Bajet2022 Bantuan kerajaan

BANTUAN KERAJAAN: E-Wallet Sebanyak RM150 one-off Tebus Sekarang ShopeePay, Grab, TnG & BigPay

Admin
April 11, 2022
0 Comments
Home
Bajet2022
Bantuan
kerajaan
BANTUAN KERAJAAN: E-Wallet Sebanyak RM150 one-off Tebus Sekarang ShopeePay, Grab, TnG & BigPay

 


Anda kini boleh claim bantuan e-Start /ePemula RM150 melalui eWallet Belia 2022 Shopee, TnG, Grab & BigPay.

Inisiatif ini adalah untuk membantu mengurangkan beban kewangan belia.


Apa Itu e-Pemula @ eStart

ePemula @ e-Start ialah Skim Transaksi Tanpa Tunai di mana belia akan dapat bantuan RM150 secara one-off dan akan dikreditkan ke dalam e-wallet.

Bertujuan untuk memupuk budaya transaksi tanpa tunai di premis perniagaan.

• RM150 dalam bentuk kredit e-tunai

• Belia berumur 18-20 tahun/ pelajar sepenuh masa di IPTA/ IPTS


Cara Tebus ePemula Melalui e-Wallet

Anda boleh tuntut/ claim bantuan ini melalui e-Wallet berikut, klik di link berikut :

ShopeePay

Grab Pay

Touch n Go Wallet

Big Pay


Muat turun (download) aplikasi di atas melalui AppStore atau Google Play.

Verify akaun anda dan tebus bantuan tersebut.



Tarikh Permohonan ePemula 2022

Anda boleh mohon dan claim bantuan ini bermula pada 11 April 2022, pukul 8 pagi.


Cara Penebusan(Gambar)


1. Cara Tebus ePemula ShopeePay

Buka aplikasi Shopee.


Jika anda telah mengaktifkan ShopeePay, anda akan mendapat paparan seperti di bawah.


Sila tekan ‘Claim ePemula RM150’.


Cara Penebusan:

1. Aktifkan dan buat pengesahan akaun (verify) ShopeePay anda

2. Untuk membuat pengesahan, anda hanya perlu mengambil selfie dan melengkapkan maklumat peribadi anda

3. RM150 dari kerajaan akan dikreditkan ke akaun ShopeePay anda dan anda layak untuk mendapatkan ganjaran ekslusif ePemula dari Shopee!

•> Penebusan bermula mulai jam 8 pagi, 11 April 2022



2. Cara Tebus ePemula GrabPay

ePemula juga ditawarkan melalui rangkaian eWallet GrabPay.



Berikut dikongsikan cara membuat penebusan melalui Grab.

1. Buka aplikasi Grab

2. Lihat pada paparan utama. Anda akan nampak ‘Claim RM360 worth of vouchers with ePemula’

3. Kemudian anda hanya perlu buat pengesahan identiti di akaun GrabPay anda.

4. Setelah selesai, bolehlah anda menggunakan ganjaran ePemula yang dikreditkan ke akaun anda. Melalui GrabPay, anda akan mendapat:
•> RM150 kredit ewallet ePemula
•> RM150 voucher GrabFood
•> RM60 promo terpilih dari merchant Grab


Jangan lupa baca syarat-syarat terlebih dahulu.


Cara buat pengesahan indentiti:

•> Ambil gambar IC
•> Ambil gambar selfie
•> Isikan butiran peribadi anda.

Selesai!

3. Cara Tebus ePemula di Touch n Go (TNG eWallet)


3. Cara Tebus ePemula di Touch n Go (TNG eWallet)

Antara keistimewaan TNG eWallet adalah ia bukan saja boleh digunakan di hampir semua kedai-kedai fizikal.

Seperti juga GrabPay dan ShopeePay, anda juga akan dapat bonus serta ganjaran tambahan!

Berikut adalah antara kelebihan menebus kredit ePemula di Touch n Go eWallet (TNG).


Cara untuk menebus kredit e-Pemula adalah seperti berikut:

1. Pastikan anda memuat turun Touch ‘n Go eWallet
2. Sila lengkapkan Pengesahan Akaun anda
3. Kemudian aktifkan pengesahan IC dan selfie 
4. Lengkapkan butiran peribadi anda pada ruang yang disediakan.
5. Dah settle? Sekarang anda bolehlah tuntut kredit RM150 berserta bonus-bonus hebat – khas untuk penebusan terawal sahaja!


Penerima ewallet belia yang masih belum mendaftar bolehlah mendaftar dengan penyedia perkhidmatan ewallet pilihan anda bagi mendapat manfaat daripada pelaksanaan program ePemula ini.

Maklumat Lanjut


Sebarang pertanyaan dan Maklumat lanjut boleh layari laman web Portal Belanjawan 2022 untuk sebarang maklumat terkini mengenai bantuan ini.


FAQ & Soalan Lazim

Berapa bantuan epemula ewallet ini?
Anda akan dapat RM150 dan akan dikreditkan ke dalam ewallet,

Bila boleh claim?
Anda boleh tuntut bantuan ewallet ini bermula pada 11 April 2022.

Nak tuntut kat ewallet mana?
Anda boleh claim di Shopee, BigPay, Grab dan TnG.



Blog authors

No comments