Permohonan Bantuan Geran Agropreneur Muda Sebanyak RM20,000 Tanpa Perlu Membayar Semula

 

Foto Rentas.asia

Program Agropreneur Muda diwujudkan di bawah perlaksanaan Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11). Program ini merupakan satu inisiatif Kementerian terhadap golongan muda yang berumur di antara 18 hingga 40 tahun. 


Tujuan utama program ini diwujudkan adalah bagi membantu dan menggalakkan penglibatan golongan muda dalam bidang sektor agromakanan yang merangkumi kesemua bidang di sepanjang rantaian nilai seperti tanaman, ternakan dan perikanan, serta industri makanan termasuk pemasaran, penyediaan perkhidmatan sokongan dan input pertanian serta agropelancongan.


Geran Agroprenuer Muda (GAM) adalah bantuan daripada kerajaan kepada agropreneur muda bagi membantu mereka meminimakan kos kewangan dalam menjalankan perniagaan. Geran ini diberi dalam bentuk barangan (nilai maksima RM20,000.00 per individu) dan ianya tidak perlu dibayar balik.


JENIS BANTUAN

Terdapat tiga jenis bantuan yang disediakan mengikut terma dan syarat yang ditetapkan;

1. Geran Agroprenuer Muda (GAM)

2. Pembiayaan

3. Khidmat nasihat teknikal dan kursus / latihan teknikal secara insentif

Untuk maklumat penuh tentang bantuan ini -> Jenis Bantuan yang ditawarkan


SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

Syarat-syarat bagi kelayakan pemohon menyertai Program Agropreneur Muda adalah seperti berikut :

1. Warganegara Malaysia;

2. Individu berumur di antara 18 hingga 40 tahun;

3. Boleh membaca, mengira dan menulis;

4. Individu yang baru memulakan projek WAJIB mengikuti program latihan teknikal yang dianjurkan oleh Jabatan/Agensi di bawah MAFI atau yang diiktiraf oleh MAFI;

5. Individu yang memiliki Sijil/Diploma/Ijazah dari institusi pendidikan yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia atau Institut Latihan di bawah MAFI berkaitan projek pertanian yang dicadangkan boleh dipertimbangkan untuk dikecualikan daripada mengikuti program latihan teknikal; dan

6. Keutamaan kepada individu yang mempunyai kemudahan tanah atau premis sedia ada.

7. Dan Individu yang berkelayakan berpendapatan kurang RM5,000 sebulan.


Syarat Tambahan (GAM)

Bagi individu yang telah menjalankan projek kurang dari tempoh setahun atau masih belum mencapai sasaran pengeluaran secara optimum, sokongan teknikal daripada Jabatan/Agensi pembimbing di bawah MAFI adalah diperlukan dan boleh dipertimbangkan untuk dikecualikan daripada mengikuti program latihan teknikal.


CARA MEMBUAT PERMOHONAN

Individu yang layak perlu membuat permohonan di Pejabat Jabatan/Agensi Daerah di bawah MAFI atau Negeri (bagi agensi yang tidak mempunyai pejabat di daerah), MAFI (Negeri Sabah) atau MANRED (Negeri Sarawak) yang terdekat dengan melengkapkan dokumen-dokumen berikut :

1. Borang Pendaftaran UAM berserta salinan kad pengenalan yang disahkan pegawai Jabatan / Agensi dan gambar berukuran passport (rujuk Lampiran 1);

2. Kertas Rancangan Perniagaan yang lengkap (rujuk Lampiran 2);

3. Senarai cadangan barangan yang dinyatakan pada Borang Pendaftaran UAM (Lampiran 1) perlu disertakan anggaran Sebut Harga;

4. Menyertakan salinan Sijil/Diploma/Ijazah yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia atau Institut Latihan dibawah MAFI; atau

5. Borang permohonan pembiayaan Agrobank atau TEKUN Nasional (bagi permohonan kategori Pembiayaan).


Borang-borang berkenaan boleh dimuat turun di portal rasmi MAFI atau LAMPIRAN PDF (klik pada butang ‘Borang’).

Bagi maklumat terperinci berkenaan GAM, sila baca dan rujuk – INFO PENUH

Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan hubungi ditalian berikut;
No.Tel: 03-88701234/03-88701235 / Emel : uam.agropreneurmuda@gmail.com 
https://www.facebook.com/AgroyouthMOA/ / Twitter : @agroyouthmoa / Instagram : @agroyouthmoa


Sumber: mafi.gov.my / Rentas.asia

Catat Ulasan

0 Ulasan