Bantuan Banjir Wang Ihsan Seisi Rumah RM1,000 Semak FAQ

 


Kerajaan telah memperuntukkan lebih RM1.4 bilion melalui Bantuan Banjir Keluarga Malaysia. Ini termasuk bantuan tunai, pembiayaan dengan kadar 0% dan baucar membaiki kenderaan yang rosak bagi membantu rakyat terkesan membina semula kehidupan dengan segera, demi kesejahteraan Keluarga Malaysia.


Sebanyak RM1,000 disediakan sebagai bantuan bagi setiap Ketua Isi Rumah (KIR) yang terkesan akibat banjir termasuk mereka yang tidak berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS). BWI kini boleh dituntut setiap kali ditimpa bencana.


Bantuan Wang Ihsan (BWI)

info Penuh Bantuan Banjir - https://www.nadma.gov.mybantuan-wang-ihsan-bwi 

info Bantuan Tunai & Bantuan Komuniti & Pembiayaan - Bantuanbanjir.com



Cara membuat permohonan BWI 

-Permohonan boleh dibuat melalui Pejabat Daerah masing-masing. BWI hanya diberikan kepada Ketua Isi Rumah (KIR).

-Bagi yang berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS), Ketua Isi Rumah (KIR) (warganegara Malaysia sahaja) boleh merujuk kepada petugas PPS masing-masing.

-Bagi yang tidak berpindah ke PPS, Tuan/Puan perlu memohon kepada Ketua Komuniti / Pegawai Daerah masing-masing.

-Kelulusan permohonan adalah tertakluk kepada pengesahan Pegawai Daerah selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD).


Kelayakkan membuat permohonan

-BWI hanya diberikan kepada setiap Ketua Isi Rumah (KIR) warganegara Malaysia sahaja.

-Setiap permohonan hendaklah disahkan oleh Pegawai Daerah bahawa mangsa adalah benar-benar terjejas dengan bencana banjir yang dimaksudkan.

-Hanya 1 rumah sahaja yang terlibat layak untuk mendapat sekali BWI tanpa mengira isi rumah / keluarga.

-Kelayakan BWI Bencana Banjir adalah tertakluk kepada pengesahan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) dan diluluskan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN).


Jika anda menyewa rumah bersama rakan dan rumah anda terkesan akibat banjir, adakah kami layak memohon?

-Layak. Namun hanya seorang sahaja isi rumah yang layak memohon. Tuan rumah adalah tidak layak memohon sekiranya penyewa telah memohon.


Amaun yang layak dimohon bagi 2 keluarga yang tinggal dalam rumah yang sama

-RM1,000.00 sahaja kerana hanya 1 KIR rumah yang terlibat layak untuk mendapat sekali BWI tanpa mengira jumlah isi rumah / keluarga.


Dokumen yang diperlukan untuk permohonan bergantung kepada 3 kategori pemohon:

i. Mereka yang mendaftar ke PPS (dengan kad pengenalan) tidak perlu membuat permohonan. Permohonan mereka akan terus diuruskan oleh pihak JKM.

ii. Mereka yang mendaftar ke PPS (tanpa kad pengenalan) perlu mendaftar dengan ketua-ketua masyarakat

iii. Mereka yang tidak berpindah ke PPS, perlu mendaftar dengan ketua-ketua masyarakat.


Berapa kalikah saya boleh memohon BWI memandangkan rumah saya terlibat dengan banjir beberapa kali dalam musim tengkujuh ini?

-Kelayakan BWI Bencana Banjir adalah tertakluk kepada pengesahan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) dan diluluskan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN).


Adakah saya layak memohon BWI walaupun pusat pemindahan sementara tidak diwartakan?

-Ya, anda layak memohon BWI walaupun tidak berpindah ke pusat pemindahan sementara yang diwartakan. Tetapi anda perlu untuk mendaftar dengan Ketua Masyarakat seperti penghulu, ketua kampung dan MPKK/ JPKK.

-Kelulusan permohonan adalah tertakluk kepada pengesahan Pegawai Daerah selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD).


Bolehkah saya memohon secara online?

-Tidak ada permohonan online. Permohonan diuruskan daerah dan negeri lokasi di mana KIR yang terkesan bencana berada


Apakah kriteria yang membolehkan saya diklasifikasikan sebagai mangsa yang terjejas dengan bencana banjir dan seterusnya dipertimbangkan sebagai penerima BWI?

-Kriteria asas yang membolehkan seseorang layak untuk dipertimbangkan permohonan BWI adalah apabila sesuatu kejadian menepati maksud bencana sebagaimana yang digariskan di dalam Arahan MKN No. 20 dan disahkan oleh Pegawai Daerah.


*info Penuh Bantuan Banjir - https://www.nadma.gov.mybantuan-wang-ihsan-bwi 

*info Bantuan Tunai & Bantuan Komuniti & Pembiayaan - Bantuanbanjir.com


Bagi pertanyaan-pertanyaan khusus berkaitan BWI di Selangor dan Pahang, anda boleh menghubungi talian seperti berikut:

(Bagi daerah lain sila berhubung dengan pejabat daerah/PKOB masing-masing)


Senarai penuh No.tel/Emel Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPN)/ Pusat Operasi Bencana (PKOB)

-Agensi Pengurusan Bencana Negeri


Sumber: Bantuanbanjir.comnadma.gov.my

Catat Ulasan

0 Ulasan