Kemaskini Akaun Bank GKP Kini Dibuka,Yang Terakhir - LHDN

Foto LHDN

Berita baik bagi permohonan Geran Khas Prihatin (GKP) namun berstatus gagal kredit, kemaskini akaun bank GKP kini dibuka.


Pemohon yang menerima status gagal kredit sebelum ini dalam status permohonan menyebabkan mereka tidak menerima bayaran. Oleh itu, pihak LHDN telah mengumumkan pembukaan untuk mengemaskini akaun bank.


Permohonan GKP yang Lulus tetapi berstatus Gagal Kredit dan tidak mengemas kini maklumat akaun bank dalam tempoh yang telah dibuka sebelum ini akan diberi peluang terakhir untuk mengemas kini maklumat Akaun Bank Simpanan Peribadi atau Akaun Bank Semasa Peribadi di menu Kemas kini No. Akaun.


Tarikh Kemaskini

Pengemaskinian akaun telah mula dibuka pada 6 disember 2021 sehingga 20 Disember 2021.

Siapa Yang Perlu Kemaskini?

Mereka yang perlu mengemaskini akaun adalah penerima

1. GKP PERMAI

2. GKP PEMERKASA+

3. GKP 3.0

4. GKP 4.0


Baca..Cara Daftar BigPay e-Wallet: Jemput Rakan Dan Terima Komisen Sehingga RM1,000+ - AirAsia


Yang berstatus GAGAL KREDIT SAHAJA

Semakan & Pengemaskinian Akaun GKP

Untuk pengetahuan anda, kemaskini akaun bank hanya dibuat secara online sahaja.

Anda boleh membuat semakan dan kemaskini akaun bank GKP dengan melayari pautan https://gkp.hasil.gov.my/


TARIKH PEMBAYARAN GKP

-Akan di maklumkan dari semasa ke semasa


Maklumat Lanjut

Soalan lazim berkaitan kemaskini akaun bank GKP, anda boleh KLIK SINI

Sebarang pertanyaan dan permasalahan dalam membuat pengemaskinian akaun, anda boleh menghubungi:

1. BKK LHDNM: 1-800-8-2747

2. Hotline MoF: 03-8882 4565 / 03-8882 4566

3. Facebook: LHDNM

4. Twitter: @LHDNMofficial


Sumber : infoawam / LHDN / GKP / MINGGUANKERJA


Join Telegram info2

https://t.me/KeluargaMalaysia22

Catat Ulasan

0 Ulasan