[TERKINI] Sabah benarkan aktiviti rentas negeri dan daerah - Datuk Seri Hajiji Noor


Datuk Seri Hajiji Noor. Foto Astro Awani

Kota Kinabalu: Kerajaan negeri Sabah hari ini bersetuju membenarkan Rentas negeri bersyarat mulai 1 November 2021 dan Rentas Daerah di seluruh Negeri mulai 14 Oktober 2021. 

Keputusan berkenaan dimaklumkan menerusi kenyataan media Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor tengah hari ini. 

Kenyataan berkenaan turut menyenaraikan empat syarat kemasukan ke Sabah meliputi lawatan sosial dan pelancongan.


Foto Hajiji Haji Noor


👉SOP PPN PENUH FASA 2 BAGI SELURUH NEGERI SABAH 14 OKTOBER - MKN


Foto Media Ketua Menteri Sabah


Telegram Channel

https://t.me/infomediabah


Kerajaan Negeri Sabah berpuashati dengan laporan peratus vaksinasi lengkap Negeri Sabah setakat 11 Oktober 2021 oleh Jawatankuasa COVID-19 Immunisation Task Force (CITF) telah mencapai melebihi 70%.


Selaras dengan itu, Kerajaan Negeri pada hari ini bersetuju supaya RENTAS DAERAH DIBENARKAN di seluruh negeri mulai 14 Oktober 2021 dengan syarat:


(a). Individu telah lengkap divaksin;

(b). Remaja berumur 12 hingga 18 tahun yang sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin; 

(c). Kanak-Kanak di bawah 12 tahun ditemani oleh ibu bapa yang telah

lengkap divaksin;


Kerajaan Negeri turut bersetuju MEMBENARKAN RENTAS NEGERI

mulai 01 November 2021. Kemasukan ke Sabah meliputi lawatan sosial dan pelancongan adalah dibenarkan dengan syarat.


(a). Individu telah lengkap divaksin:

(b). Perlu menjalani ujian COVID-19 RT-PCR atau RTK-Ag (Swab/Saliva) dalam tempoh tiga (3) hari sebelum perjalanan 

(c). Remaja berumur 12 hingga 18 tahun yang sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin;

(d). Kanak-Kanak di bawah 12 tahun ditemani oleh ibu bapa yang telah lengkap divaksin;


Sumber: Astro Awani / Ketua Menteri Sabah / Hajiji Haji Noor

Catat Ulasan

0 Ulasan