info kerajaan sabah SOP Sabah

Kerajaan Sabah Akan Putuskan Kebenaran Rentas Negeri Pada Rabu - Masidi Manjun

Admin
October 10, 2021
0 Comments
Home
info
kerajaan
sabah
SOP Sabah
Kerajaan Sabah Akan Putuskan Kebenaran Rentas Negeri Pada Rabu - Masidi Manjun

Masidi Manjun berkata, Sabah masih dalam kawalan pergerakan perjalanan mengikut zon dan kawalan rentas daerah di luar kawasan zon. Foto NSTP/MALAI ROSMAH TUAH


KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah hanya akan memutuskan sama ada pergerakan rentas negeri turut dibenarkan di negeri itu pada Rabu ini, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahannya, Masidi Manjun.


Katanya, Jawatankuasa Pengurusan Covid-19 Negeri akan mempertimbangkan pengumuman Putrajaya dan mengemukakan cadangan serta perakuan kepada Kabinet negeri yang akan bersidang pada hari itu untuk pertimbangan.


“Kita ambil kira peratusan penduduk dewasa di Sabah yang telah memperoleh vaksin lengkap belum mencapai 90%, hanya sekitar 65% dan ini prasyarat yang ditetapkan kerajaan persekutuan untuk membolehkan pergerakan rentas negeri.


“Sabah masih dalam kawalan pergerakan perjalanan mengikut zon dan kawalan rentas daerah di luar kawasan zon masih berkuat kuasa.


“Pendirian kerajaan negeri akan diumumkan pada Rabu selepas mesyuarat Kabinet negeri,” katanya ketika dihubungi hari ini.


Terdahulu, Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob mengumumkan sempadan negeri di seluruh negara dibuka serentak mulai esok, selepas kadar vaksinasi populasi dewasa melepasi 90%.


Ini adalah kali pertama pergerakan rentas negeri dibenarkan tanpa memerlukan kebenaran polis sejak Januari lalu. Sempadan negara pula ditutup kepada kebanyakan pengembara sejak permulaan pandemik pada Mac tahun lalu. – FMT

SOP PPN PENUH FASA 2 BAGI SELURUH NEGERI SABAH 4 OKTOBER - MKN


Sumber: FMT / Sabahpost / NSTP

Blog authors

No comments