SEMAKAN STATUS PERMOHONAN DIBUKA KONSTABLE POLIS (YA1) LELAKI & WANITA

  

Foto Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Police)

#Semakan Status Permohonan

KERAJAAN,SWASTA,FULL TIME,PART TIME, Memberi kemudahan secara atas talian untuk semua yang ingin mencari kerja atau membuat semakan dan lain-lain.

Untuk pemohon pastikan iklan yang di terbitkan memenuhi syarat dan kelayakan yang di tetapkan oleh POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM). Bagi yang suda membuat permohonan sila baca artikel di bawah untuk maklumat jawatan ini.

Update#
Untuk makluman, semakan status panggilan eksesais ujian pemeriksaan fizikal pengambilan khas bukan bumiputera bagi jawatan Konstabel Polis Gred YA1 (Lelaki dan Wanita boleh dibuat pada 27 Semtember 2021 hingga 17 Oktober2021.

Post Terdahulu


MAKLUMAT JAWATA KOSONG

-JAWATAN KONSTABEL POLIS (YA1) LELAKI & WANITA

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN DIBUKA: 27 September 2021 - 17 Okt 2021

TEMPAT: Seluruh negeri

Gred Gaji /  : YA 1

 Jadual Gaji   : RM 1,441.00 – RM 4,152.00
                              (Kadar kenaikan gaji tahunan RM105.00)


ELAUN DAN KEMUDAHAN

Elaun tetap perumahan - RM300
Elaun Cola - RM100 - RM350
Elaun Khidmat Awam - RM115
Elaun Khas PDRM - RM200
Elaun Seragam PRP / Konstable - RM690
Elaun Kasut - RM300

Bayaran insentif Wilayah (Bertugas ke Sabah dan Serawak dan sebagainya) di berikan berdasarkan peratusan gaji yang diterima.


SYARAT FIZIKAL
Jawatan Konstabel Polis (YA1) LELAKI & WANITA

👨‍✈️ Warganegara Malaysia.

👨‍✈️ Berumur tidak kurang 18 tahun  dan tidak melebihi 28 pada tarikh permohonan Secara online.

👨‍✈️Tinggi 1.63 sm bagi lelaki dan 157sm (wanita) tanpa bersepatu.

👨‍✈️Ukuran dada 81 cm (biasa) dan semasa menarik nafas 86 cm (lelaki sahaja).

👨‍✈️Berat badan sekurang-kurangnya 50 kg bagi lelaki dan sekurang-kurangnya 48kg (wanita).

👨‍✈️Ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) diantara julat 19 hingga 26.

👨‍✈️Lulus ujian penglihatan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata atau alat bantuan kanta lekap oleh pemeriksa yang bertauliah di hospital kerajaan.

👨‍✈️Pemeriksaan pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat oleh pegawai perubatan kerajaan.

👨‍✈️Diperiksa dan diakui sihat untuk berkhidmat oleh pegawai perubatan kerajaan termasuk pemeriksaan X-ray.

(pastikan anda membaca syarat-syarat penuh di laman rasmi e-pengambilan) atau di facebook rasmi unit pengambilan polis di raja malaysia 


SYARAT AKADEMIK

👨‍✈️Mempunyai kelayakan sekurang-kurangnya SPM atau mana-mana kelayakan yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia yang setaraf.

👨‍✈️ Mempunyai Dua kepujian termasuk Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia dan lulus empat mata pelajaran lain atau lain-lain kelayakan yang setaraf dan diiktiraf oleh kerajaan malaysia. Gaji permulaan ialah Pada GRED YA1 RM 1,441.00


SEMAKAN STATUS PERMOHONAN SECARA ONLINE

Semakan status Permohonan dibuka pada 27 September 2021 - 17 Okt 2021.
Untuk permohonan baru sudahpun ditutup.


-Bagi yang suda membuat permohonan sebelum ini diminta untuk membuat semakan dilaman web potral rasmi PDRM 

-Pastikan anda menyemak status permohonan masing-masing dan ikut arahan yang diberikan untuk tindakan selanjutnya


LINK SEMAKAN STATUS PERMOHONAN


Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan dengan Pengaktifan E-Mail dan Lupa Kata Laluan , sila berhubung di talian help desk 03-22668348/ 8350 / 8351 seperti yang tertera di laman media sosial Ig Dan Facebook Unit Pengambilan Pdrm.


DIKSKRIPSI TUGAS

Menjalankan tugas-tugas kepolisan selaras dengan fungsi Seperti berikut; 

Jabatan Pengurusan,Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Jabatan SiasatanJenayah Narkotik, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Ketenteraman Awam,Cawangan Khas, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik, Jabatan Logistik dan Teknologi serta Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti.

Di antara tugas-tugas tersebut ialah mentadbir, merancang pencegahan jenayah,menyiasat, menangkap dan mendakwa, mengatur kawalan trafik, mengumpul risikan,menyediakan peralatan dan perhubungan, rondaan mencegah jenayah, mengawal, mengiring pesalah-pesalah serta mengawal dan mengekalkan keselamatan awam di darat, laut dan udara bagi mewujudkan suasana aman dan tenteram di kalangan rakyat dan negara.-PDRM


Catat Ulasan

0 Ulasan