Muhyiddin Letak Jawatan PM Dan Menjadi PM Sementara

Muhyiddin Yassin memutuskan untuk berundur beberapa minggu sebelum dijadualkan berdepan usul undi percaya bagi membuktikan keabsahannya sebagai perdana menteri di Dewan Rakyat bulan depan. Foto The Star


PUTRAJAYA: Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan sebagai perdana menteri selepas menerajui negara untuk hanya 17 bulan.


Dalam kenyataan Istana Negara mengumumkan peletakan jawatan Muhyiddin selepas beliau menghadap Yang di-Pertuan Agong pagi tadi.


Muhyiddin akhirnya tunduk kepada tekanan itu selepas 15 Ahli Parlimen Umno menarik balik sokongan kepada beliau dan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinannya pada 7 Julai lalu.


Beliau memutuskan untuk berundur beberapa minggu sebelum dijadualkan berdepan usul undi percaya bagi membuktikan keabsahannya sebagai perdana menteri di Dewan Rakyat bulan depan.


Menurut surat tular dikatakan Speaker Dewan Rakyat kepada Istana, Muhyiddin mempunyai sokongan hanya 100 Ahli Parlimen.


Muhyiddin mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ke-8 pada 1 Mac 2020 selepas kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan, yang memegang ku

Berita Lanjut Menyusul…


TERKINI | Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan Tan Sri Muhyiddin Yassin menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri Sementara sehingga Perdana Menteri baharu dilantik, selepas menerima surat peletakan jawatan Muhyiddin sebagai PM dan jawatan seluruh Jemaah Menteri berkuat kuasa hari ini. – Istana Negara


Sumber: Sabahpost / The Star / TV3

Catat Ulasan

0 Ulasan