Permohonan Pengeluaran i-Citra Online kini dibuka Syarat Dan Cara Memohon - KWSP

Foto KWSP EPF

Menerusi i-Citra, seramai 12.6 juta ahli KWSP boleh membuat pengeluaran sehingga 5 ribu ringgit dengan kadar bayaran tetap 1 ribu ringgit sebulan untuk tempoh lima bulan, tertakluk kepada jumlah simpanan KWSP ahli. 


Pelaksanaan i-Citra dijangka dapat menyalurkan 30 bilion ringgit kepada rakyat untuk menampung keperluan harian. Ahli boleh mula memohon kemudahan pengeluaran KWSP di portal dalam talian i-Citra di icitra.kwsp.gov.my mulai 12 Julai sehinggah 31 September 2021, dengan pembayaran pertama dijangka akan dikreditkan dalam akaun ahli pada bulan Ogos 2021.


SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

Ahli KWSP yang berumur 55 tahun ke bawah,

Termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap

Mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan.


Amaun pengeluaran yang layak dikeluarkan

Amaun kelayakan maksimum RM5,000.

     Bayaran Setiap bulan sehingga lima (5) bulan

Bayaran RM1,000 sebulan atau tertakluk

        kepada jumlah baki simpanan

Bayaran minimum adalah RM50

Meninggalkan baki sekurang-kurangnya

RM100 dalam Akaun 1

kelayakan pengeluaran adalah berdasarkan

jumlah simpanan ahli pada

Tarikh permohonan diproses setelah ditolak

bayaran i-Sinar yang akan datang (jika ada)


Simpanan Akaun 2 dan Akaun 1 bagi pembayaran i-Citra

Bayaran i-Citra akan menggunakan sepenuhnya simpanan dalam Akaun 2 terlebih dahulu. Sekiranya ia tidak mencukupi, simpanan dalam Akaun 1 akan digunakan.

Contoh penggunaan Simpanan Akaun 2 & 1 seperti di bawah;


CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN ONLINE

Bagi memudahkan urusan permohonan anda, kami sertakan panduan pengguna sebagai rujukan: 


PDF: https://icitra.kwsp.gov.my/pdf/i-Citra_userguideline_FC.pdf

Video: https://youtu.be/4JdH-lfCE2E


1.Layari icitra.kwsp.gov.my dan pilih PERMOHONAN


2. isikan Nombor MyKad/Mypr dan Nombor Telefon Bimbit pemohon


3. Tekan TERUSKAN dan sahkan identiti anda melalui pengesahan Nombor OTP atau Soalan Keselamatan


4. Tentukan AMAUN PILIHAN PENGELUARAN. Rujuk pada A atau B gambar diatas.
A. Skrin akan memaparkan jumlah maksimum AMAUN PILIHAN PENGELUARAN.
B. Tetapkan AMAUN PILIHAN anda dengan menggerakkan penunjuk.


5. Tekan TERUSKAN


6. Lengkapkan Maklumat Permohonan, Maklumat Pembayaran dan kaji selidik. Tekan TERUSKAN


7. Semak semua maklumat dan tandakan  Sebelum tekan HANTAR. Selesai

Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan
Laman web rasmi KWSP di pautan 
Media sosial rasmi KWSP (Facebook | Twitter | Instagram)
Hotline i-Citra di talian 03-8922 4848


PANDUAN PERMOHONAN VIDEO


SOALAN LAZIM

1. Bolehkah ahli memohon i-Citra sekiranya telah memohon i-Lestari dan i-Sinar?
-Boleh, tertakluk kepada kelayakan/syarat seperti yang dinyatakan 

2. Bilakah bayaran i-Citra mula dibuat?
-Bayaran bagi permohonan yang dibuat pada bulan Julai dijangka dibayar bermula bulan Ogos 2021.

3. Bagaimanakah pembayaran i-Citra akan dibuat kepada ahli?
-Akaun bank simpanan atau semasa.
-Akaun bank masih aktif.
-Akaun bank di atas nama ahli sendiri (bukan akaun bersama/ syarikat).
-Sekiranya ahli tidak mempunyai akaun bank (berstatus muflis), ahli boleh memohon pembayaran i-Citra secara Arahan Bayaran ketika membuat permohonan di portal i-Citra Online.
    -Bayaran akan mengambil masa dan ahli perlu hadir ke cawangan pilihan bagi urusan pengambilan Arahan Bayaran tersebut.

4. Bolehkah ahli membatalkan permohonan i-Citra?
-Boleh. Ahli boleh membatalkan permohonan setelah diluluskan dan bayaran seterusnya akan dihentikan.
-Permohonan semula tidak dibenarkan.

5. Bolehkah amaun Pengeluaran i-Citra dipinda?
-Ahli tidak dibenarkan membuat pindaan amaun selepas permohonan dibuat.

6. Bagaimanakah ahli boleh menyemak status terkini permohonan i-Citra?

-Ahli boleh menyemak status permohonan i-Citra melalui:

-Semak Status Permohonan di i-Citra Online; atau
-Pengeluaran > Sejarah Pengeluaran di i-Akaun (Ahli)



Sumber: icitra KWSP

Group Baru Join kami di Telegram Untuk Mendapatkan info-info dan banyak lagi jangan terlepas

👉 https://t.me/infomediabah


Catat Ulasan

1 Ulasan