PENGAMBILAN KONSTABEL POLIS YA1 LELAKI DIBUKA PERMOHONAN SECARA ONLINE OGOS

Foto: Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Police)

Jawatan kosong

KERAJAAN,SWASTA,FULL TIME,PART TIME, Memberi kemudahan secara atas talian untuk semua yang ingin mencari kerja.

Untuk pemohon pastikan iklan yang di terbitkan memenuhi syarat dan kelayakan yang di tetapkan oleh POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM). sebelum memohon baca dengan teliti iklan jawatan kosong yang di iklankan di bawah.

MAKLUMAT JAWATA KOSONG

JAWATAN KONSTABEL POLIS (YA1) LELAKI

TARIKH BUKA DAN TUTUP PERMOHONAN: 2 Ogos 2021 - 15 Ogos 2021

TEMPAT: Seluruh negeri

Gred Gaji /  : YA 1

 Jadual Gaji   : RM 1,441.00 – RM 4,152.00
                              (Kadar kenaikan gaji tahunan RM105.00)

ELAUN DAN KEMUDAHAN

Elaun tetap perumahan - RM300
Elaun Cola - RM100 - RM350
Elaun Khidmat Awam - RM115
Elaun Khas PDRM - RM200
Elaun Seragam PRP / Konstable - RM690
Elaun Kasut - RM300

Bayaran insentif Wilayah (Bertugas ke Sabah dan Serawak dan sebagainya) di berikan berdasarkan peratusan gaji yang diterima.


SYARAT FIZIKAL
Jawatan Konstabel Polis (YA1)

👨‍✈️ Warganegara Malaysia.

👨‍✈️ Berumur tidak kurang 18 tahun  dan tidak melebihi 28 pada tarikh permohonan Secara online.

👨‍✈️Tinggi 1.63 m bagi lelaki.

👨‍✈️Ukuran dada 81 cm (biasa) dan semasa menarik nafas 86 cm

👨‍✈️Berat badan sekurang-kurangnya 50 kg bagi lelaki

👨‍✈️Ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) diantara julat 19 hingga 26.

👨‍✈️Lulus ujian penglihatan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata atau alat bantuan kanta lekap oleh pemeriksa yang bertauliah di hospital kerajaan.

👨‍✈️Pemeriksaan pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat oleh pegawai perubatan kerajaan.

👨‍✈️Diperiksa dan diakui sihat untuk berkhidmat oleh pegawai perubatan kerajaan termasuk pemeriksaan X-ray.

(pastikan anda membaca syarat-syarat penuh di laman rasmi e-pengambilan) atau di facebook rasmi unit pengambilan polis di raja malaysia 


SYARAT AKADEMIK

👨‍✈️Mempunyai kelayakan sekurang-kurangnya SPM atau mana-mana kelayakan yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia yang setaraf.

👨‍✈️ Mempunyai Dua kepujian termasuk Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia dan lulus empat mata pelajaran lain atau lain-lain kelayakan yang setaraf dan diiktiraf oleh kerajaan malaysia. Gaji permulaan ialah Pada GRED YA1 RM 1,441.00

👨‍✈️ Atau Lulus Sijil Vokosional Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. Kepujian dalam mata pelajaran bahasa melayu Kod 1104 sekurangnya-kurangnya Gred C dan Nilai Gred PNGKA  sekurangn-kuranganya 2.00 Dan PNKV 2.67. Gaji permulaan ialah Pada GRED YA1 RM 1,441.00

Keutamaan diberikan kepada yang mempunyai sijil kursus seperti berikut;

1.Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik 

2.Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan

3.Teknologi Kejuruteraan Awam

4.Teknologi Kejuruteraan Perniagaan

5.Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau

6.Teknologi Kejuruteraan Marin


👨‍✈️  Atau Lulus sijil pelajaran malaysia (SPM) Serta Sijil Kemahiran Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. Gaji permulaan ialah Pada GRED YA1 RM 1,507.01


👨‍✈️ Atau Lulus sijil pelajaran malaysia (SPM) Serta Sijil Kemahiran Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. Gaji permulaan ialah Pada GRED YA1 RM 1,537.02


PERMOHONAN SECARA ONLINE

Permohonan dibuka pada 2 Ogos 2021 - 15 Ogos 2021 Daftar segera.


Bagi yang berminat untuk jawatan ini anda harus memohon di laman rasmi secara online.

pastikan anda mendaftar/melog masuk dan mengupdate permohonan masing-masing.

lengkapkan maklumat yang di minta pastikan lengkap, hanya maklumat yang lengkap sahaja yang akan di proses.

LINK PERMOHONAN


Pengumuman Sistem E-Pengambilan PDRM sedang dinaik taraf  bermula 29 Julai 2021 hingga 31 Julai 2021.

Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan dengan Pengaktifan E-Mail dan Lupa Kata Laluan , sila berhubung di talian help desk 03-22668348/ 8350 / 8351 seperti yang tertera di laman media sosial Ig Dan Facebook Unit Pengambilan Pdrm.


DIKSKRIPSI TUGAS

Menjalankan tugas-tugas kepolisan selaras dengan fungsi Seperti berikut; 

Jabatan Pengurusan,Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Jabatan SiasatanJenayah Narkotik, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Ketenteraman Awam,Cawangan Khas, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik, Jabatan Logistik dan Teknologi serta Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti.

Di antara tugas-tugas tersebut ialah mentadbir, merancang pencegahan jenayah,menyiasat, menangkap dan mendakwa, mengatur kawalan trafik, mengumpul risikan,menyediakan peralatan dan perhubungan, rondaan mencegah jenayah, mengawal, mengiring pesalah-pesalah serta mengawal dan mengekalkan keselamatan awam di darat, laut dan udara bagi mewujudkan suasana aman dan tenteram di kalangan rakyat dan negara.-PDRM


Catat Ulasan

0 Ulasan