Baru Berkahwin? Jom Mohon Rumah Transit Dengan Sewa RM250 Sebulan!


Atas inisiatif Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, terdapat satu program dimana pasangan yang baru sahajabberkahwin boleh menduduki rumah dengan hanya sewa RM250 sebulan. 

lanyajuga bertujuan untuk memberi kemudahan sementara kepada pasangan muda yang telah berkahwin dan berumur antara 18 hingga 30 tahun.

Program ini bertumpu di bandar-bandar besar untuk mengurangkan beban pasangan muda yang berpendapatan rendah /berkelayakan. Oleh itu, bagi pasangan yang masih tercari-cari tempat untuk bertuduh, bolehlah mencuba program ini. Mari teliti maklumat, syarat-syarat dan cara permohonan di bawah:


KADAR DAN TEMPOH SEWAAN

Rumah ini disewakan dengan kadar

sebanyak RM250.00 sebulan bagi tempoh sewaan permulaan selama dua (2) tahun. Penyewa akan diberikan notis enam (6) bulan sebelum tamat tempoh kontrak bagi

tujuan pengosongan rumah.


SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan bagi permohonan rumah transit ini

• Pemohon dan pasangan adalah warganegara Malaysia

• Pemohon telah berkahwin

• Pemohon berumur antara 18 hingga 30 tahun

• Pemohon tidak mempunyai rumah sendiri di kawasan / negeri rumah transit dipohon

• Pemohon bekerja di kawasan/ negeri rumah transit dipohon

• Pendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah

• Tiada rekod jenayah


CIRI-CIRI RUMAH TRANSIT

• Keluasan unit adalah di antara 700 hingga 850 kaki persegi

• 2 atau 3 bilik tidur

• 2 bilik air

• Ruang tamu

• Ruang dapur

• Dilengkapi dengan kipas dan lampu


KEMUDAHAN RUMAH TRANSIT

• Dewan serbaguna

• Ruang taska

• Kedai/ gerai

• Pejabat pengurusan

• Tempat letak kereta

• Tempat letak motosikal

• Pagar kawasan

• Kawalan keselamatan

• Surau

• Lif

• Landksap


LOKASI RUMAH TRANSIT

Buat masa ini, sebanyak 2 blok (Blok L dan M) di PPR Pinggiran Bukit Jalil yang mengandungi sebanyak 632 unit rumah dijadikan projek perint bagi program ini. Program ini akan diperluas kebbandar-bandar besar seluruh Malaysia.


CARA MEMOHON

Untuk memohon Projek Perumahan

Rakyat, anda bolehlah mengemukakan permohonan melalui talian online sahaja. Permohonan manual adalah tidak diterima buat masa sekarang. Berikut merupakan cara-cara memohon


PPR di portal TEDUH:

• Layari laman Web SPRN

>https://sprn.kpkt.gov.my/user/register<

• Daftar maklumat anda di laman web tersebut dengan memasukkan

nama penuh, no kad pengenalan dan e-mail anda.

• Selepas memasukkan maklumat, anda perlu login ke di portal SPRN tersebut.

• Pilih Skim mengikut kelayakan anda.

• Lengkapkan maklumat pemohon dengan tepat dan sahih.

• Pilih Projek (Rumah Transit)

• Muat naik dokumen sokongan yang diminta.

• Buat pengesahan dan hantar permohonan anda.

• Semakan status permohonan anda boleh dibuat di portal

https://spkpm.lphs.gov.my/check


MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai projek ini, anda bolehlah menghubungi 

Cawangan Pengisian dan Penjualan, Bahagian Pengurusan Perumaha 

03-8891 4052/ 4061/4400


Melalui emel

Pertanyaan Skim Rumah Transit

rt1m@kpkt.gov.my

Masalah Aplikasi: teduh@kpkt.gov.my


Sumber: Teduh / SPKPM / blogrojak.com / infoawam.com


Untuk maklumat yang akan dikemaskini bagi bantuan ini anda boleh join group Telegram kami untuk info-info selanjutnya berkenaan bantuan ini jangan terlepas  👉https://t.me/infomediabah

Catat Ulasan

0 Ulasan