Pemilihan Awal Perajurit Muda Tentera Darat Lelaki 194 dan Wanita Siri 47 Tahun 2021

Gambar hiasan. Foto Tentera Darat Malaysia

KERAJAAN,SWASTA,FULL TIME,PART TIME, Memberi kemudahan secara atas talian untuk penduduk sabah yang ingin mencari kerja.

Untuk pemohon pastikan iklan yang di terbitkan memenuhi syarat dan kelayakan yang di tetapkan oleh majikan. sebelum memohon baca dengan teliti iklan jawatan kosong yang di iklankan di bawah.

MAKLUMAT JAWATAN KOSONG


 SYARAT ASAS PERMOHONAN 


-Warganegara Malaysia. Maklumat anda akan disemak di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). 

1. Umur. Berumur 18 tahun hingga tidak melebihi 25 tahun pada tarikh Angkat Sumpah 

-Penglihatan

-Boleh melihat dengan jelas tanpa cermin mata atau kanta lekap

-Tidak rabun warna

2. Pendengaran - Tahap pendengaran yang baik tanpa alat bantuan pengdengaran 

3. Fizikal. Memiliki tahap kecergasan jasmani yang tinggi.

4. Taraf kesihatan - sihat, tidak cacat anggota badan, tidak pernah mengalami kecederaan serius seperti patah tulang, tidak menghidap penyakit lelah, tidak mempunyai penyakit kronik dan tidak mempunyai penyakit keturunan.

5. Tiada Kesalahan Sivil dan Dadah - Tidak mempunyai rekod kesalahan jenayah dan penyalahgunaan dadah. Segala maklumat anda akan disemak dengan Mahkahmah dan AADK.

 

SYARAT FIZIKAL 

1.Tinggi:

  • Ukuran Tinggi Minima  Lelaki 1.62 m
  • Ukuran Tinggi Minima  Wanita 1.57 m

2. Berat:

  • 1.Berat Badan Minima  Lelaki 47.5 kg
  • 2.Berat Badan Minima  Wanita 40.5 kg
2. Indeks Jisim Badan (BMI) :
  • 1.Indeks Jisim Badan Lelaki dan Wanita Diantara 18 hingga 26.9


KELAYAKAN AKADEMIK 


1. SPM - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. [Gaji Permulaan : RM1,564.00]

2. SVM - Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. [Gaji Permulaan : RM1,564.00]

3. SKM TAHAP 2 - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,630.01

4. SKM TAHAP 3 - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,696.02

5. DIPLOMA KEJURUTERAAN - Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM2,026.07


Peringatan - Segala maklumat anda akan disemak dengan Jabatan Peperiksaan, segala maklumat yang tidak benar akan ditolak secara automatik. 


CARA-CARA MEMOHON 

1. Anda digalakkan untuk menggunakan PC/LAPTOP, Browser Chrome dan Firefox.(Untuk telefon bimbit tidak digalakkan 'loding erro' )

2. Sekiranya Paparan Browser anda seperti di bawah, jangan risau dan ikut sahaja 2 langkah seperti yang didalam gambar di bawah. Untuk seterusnya paparan ini tidak timbul selagi tidak membuat clear cache memory dalam browser.





Pendaftaran

1.Daftar sebagai pemohon (bagi yang belum mempunyai akaun pemohon).

2.Pastikan No Mykad 12 Digit dan Email anda betul dan benar.

3.Buat Pengesahan seperti yang telah di email.

4.Log masuk ke bahagian pemohon.

5.Kemaskini maklumat peribadi, maklumat SPM/SVM, maklumat Sijil/Diploma dan maklumat sukan.

6.Isi borang permohonan pada tarikh yang ditetapkan dan pilih Pusat Pemilihan Awal yang berhampiran dengan anda.

7. Daftar Permohonan Sekarang atau army.mod.gov.my / Iklan pengambilan


Peringatan


1.Borang permohonan atas talian hanya dibuka mengikut tarikh yang telah ditetapkan.

2.Pemohon perlu membuat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan.

3.Pemohon boleh membuat semakan permohonan melalui ruangan login sistem pemohon.

4.Pemohon yang berjaya akan dimaklumkan didalam Sistem Calon. Bagi Pemohon yang gagal akan dimaklumkan melalui email.


Hubungi Kami

Sel Pengambilan Perajurit Muda

Tentera Darat Malaysia

No. Tel: 017-6453771 / 011-63312106

Hari : Isnin – Jumaat

Masa : 9.00pg – 4.00ptg



Sumber: mims.gov.my / army.mod.gov.my / Tentera Darat Malaysia

ikuti post ini di group telegram kamii jangan terlepas..

👉 https://t.me/info_sabah