Semua sektor ekonomi tak dibenarkan kecuali 17 perkhidmatan

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Foto Bharian


KUALA LUMPUR: Semua sektor ekonomi dan sosial tidak dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh penutupan penuh Perintah Kawalan Pergerakan bagi tempoh 1 hingga 14 Jun kecuali 17 perkhidmatan yang ditetapkan kerajaan.


Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata 17 perkhidmatan itu ialah makanan dan minuman termasuk untuk haiwan; penjagaan kesihatan dan perubatan termasuk penokok diet; perniagaan dan klinik haiwan serta perkhidmatan veterinar.


"Begitu juga dengan perkhidmatan air; tenaga; keselamatan, pertahanan, kecemasan, kebajikan dan batuan kemanusiaan; urusan sisa pepejal; pengangkutan darat dan air.


"Perkhidmatan dan perusahaan pelabuhan, lapangan terbang; komunikasi termasuk media, telekomunikasi dan internet, pos, kurier penyiaran bagi tujuan penyampaian maklumat berita," katanya pada sidang media, di sini.


Beliau berkata, khidmat perbankan, insurans, takaful dan pasaran modal; kredit komuniti termasuk pajak gadai, e-dagang, teknologi maklumat, pengeluaran, penyulingan dan pembekalan bahan api dan pelincir turut dibenarkan. Begitu juga dengan hotel dan penginapan bagi tujuan kuarantin; pembinaan, penyelenggaraan; perkhidmatan perhutanan; penguatkuasaan dan hidupan liar serta logistik terhadap kepada penyampaian perkhidmatan perlu.


Senarai perkhidmatan perlu yang dibenarkan beroperasi:


1) Makanan dan minuman termasuk untuk haiwan


2) Penjagaan kesihatan dan perubatan termasuk penokok diet, penjagaan dan klinik haiwan serta perkhidmatan veterinar


3) Air


4) Tenaga


5) Keselamatan security and safety, pertahanan, kecemasan, kebajikan dan bantuan kemanusiaan


6) Pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam dan pembetungan


7) Pengangkutan melalui darat, air atau udara


8) Perkhidmatan dan pengusahaan pelabuhan, limbungan dan lapangan terbang, termasuk pemunggahan, pengangkutan laiter, pengendalian kargo dan pemaliman dan penyimpanan atau pemukalan komoditi


9) Komunikasi termasuk media, telekomunikasi dan internet, pos dan kurier serta penyiaran bagi tujuan penyampaian maklumat, berita dan seumpamanya sahaja


10) Perbankan, insuran, takaful dan pasaran modal


11) Kredit komuniti pajak gadai sahaja


12) E-dagang dan teknologi maklumat


13) Pengeluaran, penyulingan, penyimpanan, pembekalan serta pengagihan bahan api dan pelincir


14) Hotel dan penginapan hanya bagi tujuan kuarantin, pengasingan, pekerjaan bagi perkhidmatan perlu dan bukan tujuan pelancongan


15) Pembinaan, penyelenggaraan dan pembaikan kritikal


16) Perkhidmatan perhutanan terhad kepada penguatkuasaan dan hidupan liar


17) Logistik yang terhad kepada penyampaian perkhidmatan perlu


FULL LOCK DOWN.PDF


Sumber: Bharian


Group Baru Join kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah dan banyak lagi: klik 

👉 https://t.me/info_sabah

Catat Ulasan

0 Ulasan