Rentas negeri, daerah seluruh negara dilarang mulai Isnin ini

ISMAIL SABRI YAAKOB


PUTRAJAYA: Semua aktiviti rentas negeri dan daerah tanpa kebenaran pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) di seluruh negara tidak dibenarkan berkuat kuasa Isnin ini sehingga 6 Jun.


Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, selain itu, semua aktiviti sosial, pendidikan dan aktiviti ekonomi yang boleh menyebabkan perhimpunan, atau kesesakan awam adalah dilarang.


Katanya, turut tidak dibenarkan ialah sebarang aktiviti rasmi, sosial dan aktiviti bersemuka oleh kerajaan dan swasta.


“Walau bagaimanapun, keputusan ini akan disemak semula selepas dua minggu, ” katanya dalam kenyataan hari ini.


Bagaimanapun, beliau menjelaskan, aktiviti sukan dan rekreasi individu dan tidak bersentuhan fizikal dengan mematuhi penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1.5 meter di kawasan terbuka di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dibenarkan bagi tujuan kesihatan. -UTUSAN ONLINE


Sumber: Utusan


Group Baru Join kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah dan banyak lagi: klik 

👉 https://t.me/info_sabah

Catat Ulasan

0 Ulasan