info

Jatuh Tanpa Kawalan, Serpihan Roket Angkasa China Dilapor Bakal Terhempas Ke Bumi

Admin
May 06, 2021
0 Comments
Home
info
Jatuh Tanpa Kawalan, Serpihan Roket Angkasa China Dilapor Bakal Terhempas Ke Bumi

 

Foto AP

Sebahagian badan roket angkasa milik China yang dilancarkan untuk menuju ke stesen angkasa Tianhe dilapor jatuh semula ke Bumi. Namun ‘kepulangannya’ bakal menjadi mimpi ngeri kerana ia di luar kawalan dan bakal ‘gugur’ di mana-mana.


Memetik laporan The Guardian, roket Long March 5B berketinggian 30 meter tinggi berlepas dari Wenchang, Hainan pada 29 April baru-baru ini sebelum memasuki orbit rendah Bumi.


Bagaimanapun masalah bermula apabila ia memasuki ruang orbit sementara Bumi dan hilang kawalan. Sebilangan pakar berpendapat, berkemungkinan roket tersebut akan jatuh semula ke kawasan yang berpenghuni di Bumi.


“Ini adalah sesuatu yang sangat tidak bagus. Kali terakhir mereka melancarkan Long March 5B sebelum ini, tragedi buruk turut sama berlaku apabila sebatang batang besi bersaiz panjang dan besar dilapor berterbangan di udara sebelum terhempas ke Ivory Coast hingga memusnahkan sebilangan bangunan di sana.

Foto AP

“Kebanyakan bangunan di sana musnah terbakar. Ada juga kepingan-kepingan logam yang bertaburan di atas tanah. Mujur tiada sesiapa menjadi mangsa ketika itu,” kata ahli astrofizik di Pusat Astrofizik Universiti Harvard, Jonathan McDowell.


Kejadian serpihan badan roket yang terhempas dari angkasa ke Bumi adalah perkara lazim dalam mana-mana pelancaran roket, namun kali ini mungkin di luar jangkaan kerana ia berlaku kerana masalah hilang kawalan.


Bakal tiba Sabtu ini, dijangka terhempas di Lautan Pasifik

Sementara itu menurut informasi terkini, serpihan roket berkenaan dijangka bakal tiba di Bumi pada Sabtu ini, merujuk laporan The Guardian berikutnya.


US Space Command dilapor dapat mengesan serpihan-serpihan Long March 5B  di udara, di mana ia bakal menjadi serpihan dari angkasa yang paling besar pernah terhempas ke bumi setakat ini.


Dalam masa sama, Aerospace Corp meramalkan bahawa serpihan tersebut bakal terhempas di sekitar Lautan Pasifik berhampiran beberapa negeri di US. Bagaimanapun US menyatakan bahawa lokasi dan waktu sebenar serpihan itu tiba tidak dapat dijangka setepatnya.


Sumber: Siakapkeli / The Guardian


Group Baru Join kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah dan banyak lagi: klik 

👉 https://t.me/info_sabah

Blog authors

No comments