3 Anggota Bomba Direnjat Elektrik Dalam Kebakaran Di Kampung Meruntum

Pemandangan udara kebakaran di Kampung Meruntum, Putatan, hari ini. Foto Sabahpost

KOTA KINABALU: Tiga anggota bomba direnjat elektrik ketika menyertai operasi memadam kebakaran membabitkan kira-kira 35 buah rumah Melibatkan 45 buah keluarga(221 orang) di Kampung Meruntum, Lok Kawi, Putatan, dekat sini.


Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Md Ali Ismail berkata, tiga anggota dari Balai Bomba Kota Kinabalu itu berada bawah pemerhatian, tetapi dalam keadaan stabil di hospital.


Beliau berkata, panggilan kecemasan diterima pada 5.40 petang hari ini, dengan beberapa jentera dari Balai Bomba Kota Kinabalu, Penampang dan Lintas dikerahkan ke tempat kejadian.


Kepulan asap tebal boleh dilihat dari pusat bandar Kota Kinabalu, kira-kira 15km dari Putatan.


“Ketika ini, usaha mengawal kebakaran masih dijalankan,” katanya, sambil menambah, tiada kematian dilaporkan setakat ini.


Ali berkata, unit kebakaran dari kem tentera Lok Kawi berdekatan turut membantu usaha memadam kebakaran itu. – FMT


Sebahagian daripada rumah yang dijilat api. Foto Sabahpost


Sumber: Sabahpost / FMT


Group Baru Join kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah dan banyak lagi: klik 

👉 https://t.me/info_sabah


Catat Ulasan

0 Ulasan