20 KEDIAMAN MUSNAH DIJILAT API DALAM TEMPOH TIDAK SAMPAI 24 JAM DI PUTATAN



Penampang, 22 April 2021 -  Sebanyak 20 kediaman musnah dijilat api dalam dua kejadian kebakaran di dua lokasi berasingan iaitu Kg Sri Pandan dan Kg Dumpil, di Putatan di sini, semalam. 


Ketua Polis Daerah Penampang, DSP Mohd Haris Hj Ibrahim yang berada di lokasi kejadian menzahirkan rasa simpati dan berdukacita di atas kejadian yang menimpa keluarga mangsa kebakaran. 


“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih di dalam siasatan,” ulasnya.


Sepasukan anggota dari Balai Polis Putatan yang diketuai oleh Ketua Balai Polis Putatan, Sub Inspektor Jumain Lanusu, turut bergegas ke tempat kejadian bagi memastikan keadaan terkawal tanpa sebarang insiden yang tidak diingini berlaku. 


Polis Penampang turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada agensi dan pihak yang terlibat dalam usaha menyelamat tragedi kebakaran iaitu, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Majlis Daerah Putatan, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Kesihatan, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan penduduk kampung. 


Tragedi kebakaran ini sudah pasti menyentuh hati seluruh warga Penampang apatah lagi ianya terjadi di kala umat Islam menyambut bulan Ramadhan. Sama-sama kita membantu meringankan bebanan mereka dan mendoakan semoga keluarga yang terlibat tabah menghadapi dugaan ini 🙏🏻😔 - IPD PENAMPANG


Sumber: FB Page Polis Daerah Penampang


Group Baru Join kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah dan banyak lagi: klik 

👉 https://t.me/info_sabah



Catat Ulasan

0 Ulasan