JAWATAN KOSONG KONSTABEL POLIS (YA1) LELAKI



Jawatan kosong sabah
KERAJAAN,SWASTA,FULL TIME,PART TIME, Memberi kemudahan secara atas talian untuk penduduk sabah yang ingin mencari kerja.

Untuk pemohon pastikan iklan yang di terbitkan memenuhi syarat dan kelayakan yang di tetapkan oleh majikan. sebelum memohon baca dengan teliti iklan jawatan kosong yang di iklankan di bawah.

MAKLUMAT JAWATA KOSONG

JAWATAN KONSTABEL POLIS (YA1) LELAKI

TARIKH TUTUP: 16 ogos 2020

TEMPAT: Seluruh negeri

Gred Gaji /  : YA 1
 Jawatan

 Jadual Gaji   : RM 1,441.00 – RM 4,152.00
                              (Kadar kenaikan gaji tahunan RM105.00)

SYARAT-SYARAT

Jawatan Konstabel Polis (YA1)

👨‍✈️Mempunyai kelayakan sekurang-kurangnya SPM atau mana-mana kelayakan yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia yang setaraf.

👨‍✈️ Mempunyai Dua kepujian termasuk Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia dan lulus empat mata pelajaran lain atau lain-lain kelayakan yang setaraf dan diiktiraf oleh kerajaan malaysia.


👨‍✈️Tinggi 1.63 m bagi lelaki

👨‍✈️Ukuran dada 81 cm (biasa) dan semasa menarik nafas 86 cm

👨‍✈️Berat badan sekurang-kurangnya 50 kg bagi lelaki

👨‍✈️Ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) diantara julat 19 hingga 26.

👨‍✈️Lulus ujian penglihatan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata atau alat bantuan kanta lekap oleh pemeriksa yang bertauliah di hospital kerajaan.

👨‍✈️Pemeriksaan pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat oleh pegawai perubatan kerajaan.

👨‍✈️Diperiksa dan diakui sihat untuk berkhidmat oleh pegawai perubatan kerajaan termasuk pemeriksaan X-ray.

(pastikan anda membaca syarat-syarat penuh di laman rasmi e-pengambilan) atau di facebook rasmi unit pengambilan polis di raja malaysia 


PERMOHONAN



Bagi yang berminat untuk jawatan ini anda harus memohon di laman rasmi secara online.

pastikan anda mendaftar/melog masuk dan mengupdate permohonan masing-masing.

lengkapkan maklumat yang di minta pastikan lengkap, hanya maklumat yang lengkap sahaja yang akan di proses.

LINK PERMOHONAN




Catat Ulasan

0 Ulasan