PENGAMBILAN PERAJURIT MUDA TENTERA DARAT LELAKI SIRI 193/2020



PERMOHONAN PENGAMBILAN PERAJURIT MUDA TENTERA DARAT LELAKI SIRI 193/2020

Baca dengan teliti syarat-syarat dan kelayakan di bawah

Tarikh tutup permohonan: 18 Jul 2020.


SYARAT KELAYAKAN AKADEMIK

1. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. LULUS subjek Bahasa Melayu dan LULUS Sejarah. Penyataan keputusan tidak di terima. Slip Keputusan SPM tahun 2019 sahaja diterima.

2. Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan LULUS subjek Bahasa Melayu kod 1104 dan salah satu subjek berikut : Matematik atau salah satu subjek Sains atau Bahasa Inggeris (Dipaparkan Dalam Transkrip). Penyataan keputusan tidak diterima.

3. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)/ Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan (Skim Kemasukan SPM).

4. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap

 2 dalam bidang ketukangan yang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. Penyataan keputusan tidak diterima.

5. Diploma dalam bidang KEJURUTERAAN/ PEMBANTU PEGAWAI PERUBATAN/ JURURAWAT TERLATIH di Iktiraf KKM/ JURUTEKNOLOGI PERGIGIAN/ JURURAWAT PERGIGIAN dan LULUS subjek BAHASA MELAYU serta layak mendapat sijil diperingkat SPM.

6. Diploma Pelbagai Bidang dan LULUS subjek BAHASA MELAYU serta layak mendapat sijil diperingkat SPM (SKIM KEMASUKAN SPM). 

LAIN-LAIN KELAYAKAN

1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia.

2. Umur Tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 25 tahun pada tarikh angkat sumpah di PUSASDA pada 26 Mac 2021.

3. Taraf Perkahwinan Lelaki Bujang/Kahwin/Duda. 

4. Pemohon mestilah bebas dari sebarang kes jenayah/dadah/juvana (Tapisan Keselamatan akan dibuat oleh Sel Pengambilan).

5. Pemohon mesti lulus pemeriksaan kesihatan yang dijalankan oleh Pegawai Perubatan ATM iaitu memenuhi taraf Darjah Kesihatan Tubuh – Forward Employment (FE) semasa Pemilihan Akhir.

6. Sesi Pemilihan Awal secara atas talian.

7. Sesi Pemilihan Akhir ditawarkan bagi calon yang lulus sesi Pemilihan Awal melalui panggilan e-mail.

8. Kriteria Tambahan: Keutamaan akan diberikan kepada yang berkebolehan seperti berikut: 

  • . Sukan mewakili peringkat negeri dan ke atas.

  • . Berkebolehan bermain alat muzik dan pancaragam yang diiktiraf. 

  • . Penguasaan bahasa asing.

  • . Mahir berenang.

9. Taraf Kesihatan (kriteria Asas):

  • . Tinggi Minimum : 1.62m (lelaki).

  • . Berat Minimum: 47.5 kg (lelaki).

  • . Beza Ukuran Dada Pernafasan : 5 cm (lelaki).

  • . Body Mass Index (BMI): 18.0 hingga 26.9.

  • . Mata: Mestilah mempunyai tahap penglihatan yang baik tanpa kaca mata dan kanta lekap.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Pemohon dikehendaki MUAT NAIK (Upload) dokumen yang diperlukan seperti berikut:

  • . Kad Pengenalan.

  • . Sijil Kelahiran.

  • . Sijil SPM/STPM/STAM/SKM.

  • . Slip Peperiksaan SPM bagi calon yang menduduki SPM 2019 sahaja.

  • . Sijil SVM bersama transkrip.

  • . Diploma dan Transkrip (IPTS terlibat hendaklah mempunyai Malaysian Qualification Agency (MQA)/ Agensi Kelayakan Malaysia. 

  • . Diploma Kejururawatan – Wajib lulus peperiksaan dan berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia - sertakan bersama Perakuan Pendaftaran oleh Lembaga Jururawat Malaysia.

  • . Sijil Berhenti Sekolah.

  • . Sijil penglibatan dan pengiktirafan sukan dan muzik (Kriteria Tambahan).

  • . Kad Pengenalan ibu bapa.

  • . Sijil Kematian bagi ibu bapa yang telah meninggal dunia berserta tambahan salinan kad pengenalan ahli keluarga terdekat untuk dijadikan waris kedua.

  • . Surat Nikah/Sijil Pendaftaran Perkahwinan dan salinan Sijil Daftar Kelahiran Anak (Bagi Yang Berkahwin).

  • . Gambar terkini berukuran passport.

  • . Pemohon mestilah mempunyai email persendirian (gmail/hotmail/yahoo dan lain-lain).


Lengkapkan butiran di bawah. calon-calon Hendaklah mengisi maklumat menggunakan 'HURUF BESAR'

    >>PERMOHONAN ONLINE<<


Sebelum anda 'HANTAR/SUBMIT' permohonan ini, sila semak semula maklumat yang diisi adalah betul.

Untuk makluman, hanya calon yang benar-benar layak dan memenuhi kriteria yang telah ditetapkan oleh Tentera Darat Malaysia (TDM) sahaja akan dipanggil menghadiri sesi Pemilihan Akhir.

Sebarang pertanyaan, bolehlah menghubungi pihak kami (Sel Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat) seperti berikut:

Sel Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat 
Cawangan Sumber Manusia
Markas Tentera Darat 2
Wisma Pertahanan
Jalan Padang Tembak
50634 KUALA LUMPUR
(Tel: 03-2071 2197/3926/4254) 

Catat Ulasan

0 Ulasan