KERJA KOSONG SABAH Penolong Jurutera (Elektrikal) J29


BLOGSPOT KERJA KOSONG AREA SABAH

JAWATAN KOSONG TERKINI KERAJAAN,SWASTA / FULL TIME/PART TIME.

!PERINGATAN! BACA DENGAN TELITI MAKLUMAT KERJA KOSONG DI BAWAH SEBELUM MEMBUAT PERMOHONAN PASTIKAN BACA DAN IKUT ARAHAN YANG TELAH DI BERIKAN DI BAWAH.

MAKLUMAT KEKOSONGAN:

-Nama Jawatan : Penolong Jurutera (Elektrikal) J29
-Bilangan Kekosongan : Tujuh (7) Jawatan
-Tempat Kekosongan : Ibu Pejabat (1)
Kota Kinabalu (1)
Tuaran (1)
Kudat (1)
Sandakan (1)
Keningau (1)
Tawau(1)

-Taraf Jawatan : Sementara
Jaduan Gaji : Gred JA29 : RM1,549.00 - RM5,701.00

Kenaikan Gaji Tahunan : RM145


SYARAT-SYARAT LANTIKAN:

1. Sijil dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred JA29: RM1,549.00); atau

2. Diploma daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred JA29: RM1,935.02)

3. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

4. Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai pengalaman bekerja dalam industri pembetungan,air, minyak dan gas

CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN:

-Pemohonan hendaklah dibuat secara ONLINE SAHAJA dengan Melayari Laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah di alamat https://jawatan.sabah.gov.my/

-Hanya calon - calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

-Salinan Sijil - Sijil Asal (sijil lahir / kad pengenalan pemohon / kad pengenalan kedua ibubapa [sijil mati jika berkaitan] / sijil-sijil akademik dan dokumen - dokumen lain yang berkaitan dan disyaratkan dalam iklan ini HANYA perlu dibawa apabila anda Berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak.

-Permohonan yang diterima daripada calon - calon yang TIDAK MEMENUHI kelayakan yang disyaratkan dalam iklan ini tidak akan dipertimbangkan.

-Pemohon - pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan Selepas EMPAT BULAN dari tarikh tutup iklan, hendaklah menanggap pemohonan mereka tidak berjaya.

-TARIKH AKHIR PERMOHONAN ADALAH PADA ATAU SEBELUM

21 APRIL 2020

Catat Ulasan

0 Ulasan