#Jawatankosongsabah Bantuan kerajaan

Tajaan Penuh Petronas: Kerjaya&Latihan Petroleum Kimanis Training Centre (KTC) Sabah - Permohonan Dibuka 2023

Admin
June 21, 2023
0 Comments
Home
#Jawatankosongsabah
Bantuan
kerajaan
Tajaan Penuh Petronas: Kerjaya&Latihan Petroleum Kimanis Training Centre (KTC) Sabah - Permohonan Dibuka 2023

Kimanis Petroleum Training Centre (KTC) telah ditubuhkan pada tahun 2011 sebagai komitmen kami dalam pembangunan modal insan dalam industri minyak dan gas di Sabah. Pusat ini diuruskan oleh PETRONAS Technical Training Sdn. Bhd. (No. Syarikat 956097-W) dan diakreditasi di bawah Kementerian dan Sumber Manusia (Kod Pusat: 1010580)

Tajaan Penuh Petronas : Lepasan SPM Berpeluang Mengikuti Latihan Kemahiran Dan Kerjaya Program Diploma Kemahiran Malaysia dalam Instrumentasi Perindustrian & Sistem Kawalan Penyeliaan & Kawalan (EE-230-4:2013) selama 3 Tahun di Kimanis Training Centre (KTC)  yang terletak di Kimanis Petroleum Training Center Papar-Beaufort Highway. "Segala yuran ditaja sepenuhnya oleh PETRONAS."

Syarat kemasukan
-Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan kredit dalam Bahasa Melayu, Matematik, Sains dan lulus Bahasa Inggeris 
-Warganegara Malaysia
-Umur tidak melebihi 25 tahun pada 1 Januari 2023 Belum berkahwin/Bujang
-Sihat tubuh badan dan tidak buta warna

Cara Membuat Permohonan
Mohon segera untuk pengambilan 2023! Dokumen sokongan yang diperlukan: 
-Resume Salinan Kad Pengenalan yang disahkan benar
-Sijil SPM/Penyata keputusan

Poskan permohonan dan dokumen sokongan anda ke:
Kimanis Petroleum Training Centre
KM53, Papar-Beaufort Highway
89608 Papar, Sabah 
(Sila gunakan sampul surat A4 dan tulis Permohonan KTC di sudut kiri atas sampul)

atau hantar e-mel ke:
ktc@petronas.com.my
(Sila tulis subjek e-mel sebagai ''Permohonan KTC' dan lampirkan dokumen sokongan dalam format PDF sahaja)

Tarikh Tutup Permohonan: 02 Julai 2023

Segala yuran ditaja sepenuhnya oleh Kimanis Petroleum Training Centre(Petronas). Mengenai elaun diberikan setiap sebulan, tempat tinggal / penginapan disediakan. (Makanan)


Pengambilan di KTC hanya berlaku sekali setahun, oleh itu jangan lepaskan peluang ini. Sesiapa yang berminat adalah digalakkan untuk memohon dan berkongsi maklumat ini dengan rakan-rakan yang mungkin berminat. KTC menyediakan peluang kerjaya yang menarik dalam industri minyak dan gas, serta membuka pintu kepada kemajuan kerjaya bagi para pelajar yang berminat.

Blog authors

No comments