Home
info
kerajaan
Kerja kerajaan
Kerja kosong sabah
IKLAN JAWATAN KOSONG SABAH - JPNIN SABAH

 Untuk pemohon pastikan iklan yang di terbitkan memenuhi syarat dan kelayakan yang di tetapkan oleh Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional (JPNIN) Negeri Sabah sebelum memohon baca dengan teliti iklan jawatan kosong yang di iklankan di bawah.


JAWATAN KOSONG YANG TERSEDIA

Jawatan di bawah ini mempunyai beberapa kekosongan oleh itu pemohon di galakan memohon mana-mana jawatan yang tersedia mengikut kelayakan dan lokasi yang di tetapakan.

1. Guru Tabika Perpaduan Gred S29 (Kontrak) - 03 Kekosongan

-IKLAN KEKOSONGAN / BORANG PERMOHONAN (PDF)


SYARAT KELAYAKAN

Syarat kelayakan bagi calon lantikan adalah:

1. Warga negara Malaysia

2. Berumur 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan

3. Memiliki Diploma dalam Bidang berkaitan Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

4. Gaji permulaan untuk jawatan ini adalah Gred 29 dengan jumlah RM 1,770.95

5. Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

6. Keutamaan adalah bagi permohonan yang berasal atau bermastautin di Negeri Sabah.


LOKASI

Senarai Lokasi yang tersedia seperti berikut;

-Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Negeri Sabah


GAJI PERKHIDMATAN

Gaji insentif dan lain-lain Mengikut majikan Seperti Berikut;

1. Gaji permulaan untuk jawatan ini adalah Gred 29 dengan jumlah RM 1,770.95

2. Jadual gaji Gred S29 ialah P1 RM1,493.00 - RM5,672.00

3. Calon yang dilantik akan menerima elaun seperti berikut:

-Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) sebanyak RM 300.00
-Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) sebanyak RM 160.00
-Bayaran Insentif Wilayah (BIW) dengan jumlah minima RM 298.00 dan jumlah maksima RM ***.**.

SKOP KERJA

Berikut adalah deskripsi tugas yang perlu dilaksanakan oleh calon yang dilantik untuk jawatan ini:

1. Bertanggungjawab untuk menguruskan pentadbiran di Tabika.

2. Melaksanakan tugas mengajar, menguruskan rekod, dokumen pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak.

3. Mereka aktiviti pengajaran tahunan, menyediakan laporan bulanan kelas.

4. Melakukan penilaian yang berterusan terhadap perkembangan kanak-kanak dan melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.


Tarikh Tutup: 28 JUN 2023


CARA PERMOHONAN

Untuk membuat permohonan untuk jawatan ini, calon dikehendaki menggunakan Borang Permohonan yang disediakan bersama-sama iklan jawatan ini. Selain borang permohonan, calon perlu menyertakan salinan dokumen-dokumen berikut yang telah disahkan oleh pegawai Kerajaan  Gred 41 ke atas, atau Kumpulan 'A'  Pengetua Sekolah, Ketua Kampung, atau Pesuruhanjaya Sumpah, Seperti berikut:

a) Kad Pengenalan;
b) Sijil Kelahiran;
c) Sijil Berhenti Sekolah;
d) Sijil Peperiksaan SPM atau yang setaraf dengannya;
e) Sijil Diploma beserta Transkrip;
f) Lesen Memandu; dan
g) Sijil Digital Vaksinasi COVID-19.


Calon perlu mengisi borang permohonan dengan lengkap dan menyertakan dokumen-dokumen yang telah disahkan sebelum atau pada 28 Jun 2023. Borang permohonan dan dokumen yang disertakan perlu dihantar ke alamat berikut:

PENGARAH
JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL
NEGERI SABAH
ARAS 3, BLOK A
KOMPLEX PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
JALAN UMS, SULAMAN LIKAS
88400 KOTA KINABALU


Sebarang pertanyaan lanjut, Sila hubungi di talian;

Jika ada sebarang pertanyaan mengenai jawatan ini, calon boleh menghubungi talian 088-488424 atau menghantar emel ke ppnsabah@perpaduan.gov.my.


PANGGILAN TEMUDUGA

-Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan dan memenuhi syarat-syarat seperti yang telah ditetapkan akan dipanggil untuk menghadiri temuduga. Calon-calon yang tidak dihubungi selepas tempoh enam (6) bulan daripada tarikh tutup permohonan hendaklah dianggap tidak Berjaya.

-Segala perbelanjaan menghadiri temuduga adalah tanggungan sendiri dan Jabatan tidak akan melayan sebarang tuntutan.


Join Group Telegram Untuk Mendapatkan Update Percuma

JawatanKerajaanSwastaDLL


Sumber: JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL (JPNIN) NEGERI SABAH / infokerjasabah.com

Blog authors

No comments