Home
info
kerajaan
Kerja kerajaan
Kerja kosong sabah
Pelbagai Jawatan Kosong Pensyarah UiTM Universiti Teknologi MARA Sabah


Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia berstatus Bumiputera/Bukan Bumiputera (Jawatan Akademik) yang berkelayakan dalam bidang-bidang yangberkaitan untuk mengisi jawatan Tetap/Kontrak di Universiti Teknologi MARA Cawangan Sabah.


JAWATAN AKADEMIK

Keutamaan diberikan kepada calon yang memiliki kelayakan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D)


1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan


KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED DM45

(c) (i) Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. Gaji permulaan ialah pada Gred DM45: RM3,070.00); atau

(ii) Ijazah Sarjana Muda Seni Bina atau Diploma Lanjutan dalam bidang berkenaan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar penuh dengan Lembaga Arkitek Malaysia. Gaji permulaan ialah pada Gred DM45: RM3,070.00); atau

(iii) Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred DM45: RM3,380.37)


KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED DM51

(d) (i) Mempunyai kelayakan seperti di perenggan 1(c); dan 

(ii) Membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang istimewa mutunya; dan

(iii) Mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang yang berkenaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred DM51 : RM5,855.00)


KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED DM53 (PROFESOR MADYA)

(e) (i) Mempunyai kelayakan seperti di perenggan 1(c); dan 

(ii) Membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang sangat istimewa mutunya; dan

(iii) Mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang yang berkenaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred DM53 : RM6,162.00)


KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED KHAS C (PROFESOR)

(f) (i) Mempunyai kelayakan seperti di perenggan 1(c); dan 

(ii) Membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang terkemuka mutunya; dan

(iii) Mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang yang berkenaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred VK7 : RM7,676.00)


SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


CARA – CARA MEMBUAT PERMOHONAN

i) Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA yang boleh dimuat turun dari laman sesawang UiTM di - Pensyarah UiTM (link buka dengan Google/atau lain2)

ii) Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen-dokumen berikut yang telah disahkan;

a) Kad Pengenalan.

b) Sijil Kelahiran.

c) Sijil SPM/MCE,HSC/STPM atau setaraf.

d) Diploma/Ijazah Sarjana Muda/Sarjana/Ph.D (Skrol dan Transkrip Akademik Terperinci).

e) Surat Pengesahan Perkhidmatan daripada Majikan sedia ada/terdahulu untuk mengambil kira pengalaman kerja/penetapan gaji.

iii) Permohonan daripada mereka yang sedang berkhidmat dengan kerajaan atau Badan-Badan Berkanun hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan dan disertakan dengan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang telah dikemaskini.

iv) Bagi permohonan jawatan Pensyarah/Pensyarah Kanan/Profesor Madya/Profesor:

a) Pemohon-pemohon berkelayakan Ijazah Sarjana hendaklah memiliki CGPA 3.00 ke atas/Kelas Kedua Tinggi/Mumtaz/Jayyid Jiddan atau yang setaraf diperingkat Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana. (Pengecualian bagi pemohon yang telah memiliki kelayakan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) atau setara)

b) Keutamaan diberikan kepada calon yang memiliki kelayakan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D)

v) Nama fakulti (jawatan akademik) yang dipohon hendaklah di penjuru atas sebelah kiri sampul surat permohonan.

vi) Borang pemohonan tidak lengkap tidak akan diproses. Hanya pemohon – pemohon yang layak dan disenarai pendek akan dipanggil untuk temu duga.

vii) Pemohon – pemohon yang tidak menerima jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup iklan dianggap tidak Berjaya.

Tarikh tutup permohonan adalah 18 November 2022 (Jumaat)


Borang pemohonan dan salinan sijil lengkap dihantar ke alamat seperti berikut :

Unit Pengurusan Sumber Manusia

Bahagian Pentadbiran

Universiti Teknologi MARA Cawangan Sabah

Beg Berkunci 71

88997 Kota Kinabalu Sabah

Sebarang pertanyaan bolehlah merujuk kepada :

Email : rahma221@uitm.edu.my

No. Tel : (088) 513879


Sumber: https://sabah.uitm.edu.my/

Blog authors

No comments