Home
kerajaan
Kerja kerajaan
Kerja kosong sabah
News
sabah
Iklan Jawatan Kosong Lembaga Kemajuan Perhutanan Negeri Sabah - (SAFODA)

Sebanyak 12 Kekosongan Pelbagai jawatan Lembaga Kemajuan Perhutanan Negeri Sabah Dibuka Permohonan November 2022 Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berasal dari Sabah yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan di Lembaga Kemajuan Perhutanan Negeri Sabah seperti berikut;

1. Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41
2. Penolong Pegawai Pertanian G29
3. Penolong Pegawai Penyelidik Q29
4. Pelukis Pelan Gred JA19
5. Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N19
6. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi Gred N19

Join Telegram : info,pekerjaan,bantuan dan banyak lagi..


1. Nama Jawatan : Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41
  • Klasifikasi Perkhidmatan : Sistem Maklumat
  • Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional
  • Bilangan Kekosongan : Satu (1)
  • Tempat Kekosongan : Kota Kinabalu 
  • Taraf Jawatan : Tetap
  • Jadual Gaji : Gred F41 RM2,315.00 – RM9,618.00
  • Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00

SYARAT LANTIKAN
1.1 Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:- 
a) i) ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang sains komputer dan teknologi maklumat atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred F41, RM2,315.00); atau

ii) ijazah sarjana muda kejuruteraan dalam bidang komputer atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji permulaan ialah pada Gred F41, RM2,522.44); atau

iii) ijazah sarjana muda dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat, kejuteraan
komputer atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred F41, RM2,833.78); atau

iv) ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat, kejuteraan komputer atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji permulaan ialah pada Gred F41, RM3,145.11). 

b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


2. Nama Jawatan : Penolong Pegawai Pertanian G29
  • Klasifikasi Perkhidmatan : Pertanian 
  • Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana 
  • Bilangan Kekosongan : Dua (2)
  • Tempat Kekosongan : Kota Kinabalu/Bengkoka 
  • Taraf Jawatan : Tetap
  • Jadual Gaji : Gred G29 RM1,494.00 – RM5,674.00
  • Kenaikan Gaji Tahunan : RM145.00

SYARAT LANTIKAN
2.1 Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:- 
a) i) Sijil Pertanian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi latihan tempatan atau kelayakan yang setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred G29: RM1,494.00); atau

ii) Diploma dalam bidang pertanian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred G29: RM1,847.86)

b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


3. Nama Jawatan : Penolong Pegawai Penyelidik Q29
  • Klasifikasi Perkhidmatan : Penyelidikan dan Pembangunan 
  • Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana Bilangan 
  • Kekosongan : Satu (1)
  • Tempat Kekosongan : Kinarut
  • Taraf Jawatan : Tetap
  • Jadual Gaji : Gred Q29 RM1,496.00 – RM5,676.00
  • Kenaikan Gaji Tahunan : RM145.00

SYARAT LANTIKAN
3.1 Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:- 
a) i) Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf oleh Kerajaan dan mendapat Prinsipal dalam subjek Matematik atau salah satu subjek sains. (Gaji permulaan ialah pada Gred Q29: RM1,496.00) atau

ii) Sijil dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred Q29: RM1,496.00) atau

iii) Sijil Pertanian atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengan Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred Q29: RM1,496.00) atau

iv) Diploma dalam bidang sains yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji permulaan ialah pada Gred Q29: RM1,774.37) atau

v) Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred Q29: RM1,849.57) atau

vi) Diploma Sains Veterinar/ Haiwan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred Q29: RM1,924.77)

b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


4. Nama Jawatan : Pelukis Pelan Gred JA19
  • Klasifikasi Perkhidmatan : Kejuruteraan 
  • Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
  • Bilangan Kekosongan : Satu (1)
  • Tempat Kekosongan : Kota Kinabalu 
  • Taraf Jawatan : Tetap
  • Jadual Gaji : Gred JA19 RM1,377.00 – RM4,052 .00
  • Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00

SYARAT LANTIKAN
4.1 Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:- 
a) i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Pendidikan Seni Visual, Lukisan Geometri atau Lukisan Kejuteraan pada peringkat peperiksaan tersebut. (Gaji permulaan ialah pada Gred JA19: RM1,377.00; atau

ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred JA19: RM1,435.12; atau

iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred JA19: RM1,493.24). 

b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


5. Nama Jawatan : Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N19
  • Klasifikasi Perkhidmatan : Pentadbiran dan Sokongan 
  • Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
  • Bilangan Kekosongan : Satu (1)
  • Tempat Kekosongan : Kota Kinabalu 
  • Taraf Jawatan : Tetap
  • Jadual Gaji : Gred N19 RM1,352.00 – RM4,003.00
  • Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00

SYARAT LANTIKAN
5.1 Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:- 
a) i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,352.00; atau

ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,408.40; atau

iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,464.80. 

b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. 

c) Calon yang mempunyai sijil kesetiausahaan diberi keutamaan.


6. Nama Jawatan : Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi Gred N19
  • Klasifikasi Perkhidmatan : Pentadbiran dan Sokongan 
  • Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana Bilangan 
  • Kekosongan : Lima (5)
  • Tempat Kekosongan : Kota Kinabalu/Kota Belud
  • Taraf Jawatan : Tetap
  • Jadual Gaji : Gred N19 RM1,352.00 – RM4,003.00
  • Kenaikan Gaji Tahunan : RM100.00

SYARAT LANTIKAN
6.1 Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:- 
a) i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,352.00; atau

ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,408.40; atau

iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,464.80. 

b) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


7. CARA MEMOHON
7.1 Permohonan calon daripada Jabatan/Agensi/Badan-Badan Berkanun hendaklah melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan menyertakan salinan sah Laporan Prestasi dan Buku Perkhidmatan. 

7.2 Borang Permohonan boleh dicetak dalam laman sesawang https://tinyurl. com/SAFODA-HR-BPJ / Kerja Kosong Sabah TM atau boleh dibeli RM2.00 di ibu Pejabat SAFODA. 

Borang yang telah dilengkapi berserta salinan sah sijil (sijil kelahiran/kad pengenalan pemohon / kad pengenalan kedua ibubapa [sijil mati jika berkaitan] / sijil-sijil akademik dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan) hendaklah dihantar kepada:- 

Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Perhutanan Negeri Sabah
Tingkat 1, Wisma PERKASA
Jalan Gaya Bag Berkunci 122
88999 KOTA KINABALU

7.3 Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga. 

7.4 Sijil Asal dokumen berkaitan yang disyaratkan dalam iklan ini perlu dibawa apabila anda berjaya dipanggil untuk ditemuduga kelak. 

7.5 Permohonan yang diterima daripada calon-calon yang tidak memenuhi kelayakan yang disyaratkan dalam iklan ini tidak akan dipertimbangkan. 

7.6 Pemohon-pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan selepas enam bulan dari tarikh tutup iklan, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya. 

8. Tarikh Tutup Permohonan adalah tidak lewat atau pada 17 November 2022 ( Khamis ).

Sumber: Lembaga Kemajuan Perhutanan Negeri Sabah (SAFODA)

Blog authors

1 comment

  1. Anonymous
    Anonymous
    11/6/22, 5:58 PM
    Ok