Permohonan MySTEP JaminKerja Keluarga Malaysia 80,000 peluang pekerjaan

 


Malaysia Short-Term Employment Programme (MySTEP) merupakan inisiatif Kerajaan yang mensasarkan 50,000 peluang pekerjaan jangka pendek (kontrak) di pelbagai Kementerian, Agensi Kerajaan dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) seperti dibentangkan dalam Belanjawan 2021.


Pada tahun 2022, menerusi inisiatif JaminKerja Keluarga Malaysia (JaminKerja), MySTEP kini menawarkan sebanyak 80,000 peluang pekerjaan secara kontrak yang merangkumi 50,000 peluang pekerjaan dalam Sektor Awam dan 30,000 peluang pekerjaan dalam GLC serta rakan strategik dengan nilai keseluruhan RM1.8 billion. Di samping itu, dalam usaha untuk memastikan golongan OKU tidak dipinggirkan, Kerajaan turut mengumumkan kuota khas OKU sebanyak 1 peratus bagi pengambilan MySTEP 2022.


Melalui kerjasama erat daripada setiap Kementerian, Agensi Kerajaan dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), Kerajaan percaya bahawa sasaran sebanyak 80,000 peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia akan berjaya dicapai.


SYARAT KELAYAKAN MySTEP

-Warganegara Malaysia

-Berumur 18 tahun keatas

-Lepasan Sekolah/ Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia/ Lulusan Diploma/ Lulusan Ijazah Sarjana Muda dan Ke atas.

-Bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU),pelantikan adalah tertakluk kepada Kementerian/GLC/rakan strategik masing-masing.


KADAR GAJI/UPAH 

Kadar upah sebenar yang ditawarkan adalah berdasarkan jenis dan kompleksiti tugas yang bersesuaian dengan kelayakan akademik berasaskan prinsip kadar upah untuk kerja;

Tiada Sijil Pelajaran Malaysia - RM1,400

Setaraf Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) - RM1,600

Setaraf Diploma/ Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia - RM1,800

Ijazah Sarjana Muda setaraf dan ke atas - RM2,000


inisiatif / KEMUDAHAN YANG DIBERIKAN

Kemudahan yang diberikan kepada personel MySTEP adalah;

-Cuti Rehat 12hari Setahun

-Cuti Sakit 14hari Setahun

-Perlindungan Sosial

-Caruman KWSP&PERKESO


SKOP KERJA

-Personel MySTEP dilantik untuk melaksanakan segala skop kerja yang ditetapkan dan bersesuaian dengan keperluan Kementerian / Jabatan dan Agensi / GLC / rakan strategik.


TEMPOH PERKHIDMATAN 

Tempoh Kontrak Perkhidmatan MySTEP adalah:

A. Minimum satu (1) bulan dan maksimum dua belas (12) bulan; dan

B. Tempoh kuatkuasa kontrak tidak melangkau 30 Jun 2023 (untuk Sektor Awam sahaja)


PENEMPATAN PEKERJAAN

-Penempatan/lokasi Pekerjaan adalah diseluruh Malaysia

i. Terdapat dua saluran program penempatan di bawah MySTEP iaitu:

a. Penempatan di Sektor Awam

b. Penempatan di GLC dan rakan strategik

ii. Penempatan perolehan perkhidmatan Personel MySTEP adalah berdasarkan output tanpa tertakluk kepada waktu/ tempat/ jadual bertugas yang terpakai kepada pegawai awam.

iii.Personel MySTEP yang ditempatkan di Sektor Awam tidak tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Awam 2012, Perintah-Perintah Am atau peraturan-peraturan yang berkuatkuasa ke atas pegawai awam.

iv. Bagi GLC, penempatan adalah berdasarkan kepada struktur program penempatan GLC masing-masing.

v. Kuota khas sebanyak satu (1) peratus kepada golongan OKU di dalam Sektor Awam / GLC / rakan strategik


PERMOHONAN MySTEP

https://mystep.mof.gov.my/form


Sebarang pertanyaan dan soalan silan hubungi di talian seperti berikut

info.mystep@treasury.gov.my / 03-8882 4666


Sumber: MySTEP


Catat Ulasan

0 Ulasan