Pemerkasa BSN Pinjaman Sehingga RM50,000 Pemulihan Perniagaan Mikro Akibat Wabak COVID-19


Peniaga yang ingin mendapatkan pembiayaan mikro kredit sebagai model kerja, Sebanyak 1.5bilion ringgit disediakan bagi sepanjang tahun ini oleh BSN,TEKUN,MARA,SME Corp dan YAPEIM dengan kadar pembiayaan serendah 3% Setahun.


BSN Micro PEMERKASA ialah satu inisiatif di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) yang menawarkan kemudahan pinjaman mikro untuk memberi bantuan dan menyokong pemulihan perniagaan mikro.


CIRI-CIRI PINJAMAN

Tujuan Pinjaman: Modal Kerja & Pembelian Aset

Amaun Pinjaman: Sehingga RM50,000

Tempoh Pinjaman: Sehingga 5.5 tahun termasuk 6 bulan pertama moratorium ke atas pembayaran ansuran bulananbulanan


KELAYAKAN PERMOHONAN

Perusahaan mikro (Milikan Tunggal/ Perkongsian/ Syarikat Sdn. Bhd) yang di dalam proses pemulihan perniagaan akibat wabak COVID-19.

Dimiliki oleh Warganegara Malaysia.

Perniagaan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Bukan pelanggan sedia ada BSN Micro-i Penjana Tourism Financing (PTF).

Perniagaan telah beroperasi sekurang-kurangnya 6 bulan.

KADAR

3.00% setahun


DOKUMEN YANG DIPERLUKAN/WAJIB

Sijil Pendaftaran Syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)/ Lesen Perniagaan dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang sah

Salinan Kad Pengenalan Pemilik Tunggal/ Rakan Kongsi/ semua Pengarah/ Pemegang Saham/ Penjamin (jika berkenaan)

Penyata Akaun Bank untuk tiga (3) bulan terkini

Lain-lain dokumen sokongan tambahan sekiranya diperlukan oleh pihak Bank


CARA MEMOHON SECARA ONLINE

Permohonan boleh dilakukan secara atas talian di potral rasmi BSN. MOHON SEKARANG.

Menghadapi masalah? Hubungi Credit Supervisory Team kami untuk maklumat lanjut atau pertanyaan.


Panduan pengguna untuk permohonan atas talian di bawah atau anda boleh mendownload pdf disini.










Sumber: BSN / KBSMalaysia


ikuti post ini di group telegram kamii jangan terlepas..

👉https://t.me/infomediabah

Catat Ulasan

0 Ulasan