info

Penampang - Polis rampas arak, rokok bernilai RM1.8 juta di 10 kontena

Admin
February 03, 2021
0 Comments
Home
info
Penampang - Polis rampas arak, rokok bernilai RM1.8 juta di 10 kontena

 

SELUDUP: Sebahagian rokok seludup yang berjaya dirampas dalam serbuan di kawasan lapang berhampiran Taman Famosa, Jalan Bundusan Penampang. Foto UtusanBorneo


KOTA KINABALU: Polis berjaya merampas sejumlah minuman keras serta rokok yang dianggarkan bernilai RM1.89 juta dalam satu serbuan di kawasan lapang berhampiran Taman Famosa, Jalan Bundusan Penampang.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah Datuk Jauteh Dikun berkata serbuan dilaksanakan pasukan Jabatan Siasatan Jenayah bersama Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah dengan dibantu anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang terhadap 10 buah kontena kira-kira jam 4.30 petang pada 25 Januari lalu 


Ads


“Bertindak dengan maklumat, kita menjalankan serbuan terancang dan berjaya merampas sejumlah 2,672 karton minuman keras dan 190 kotak rokok pelbagai jenama yang dianggarkan bernilai RM1,899,653.17.


“Pasukan serbuan juga berjaya menahan empat lelaki berumur antara 13 hingga 37 tahun yang dipercayai berperanan sebagai pengurus, penjaga, pemandu dan kelindan lori turut ditahan semasa serbuan terbabit,” katanya.


Beliau berkata demikian semasa sidang media di IPK Sabah yang turut dihadiri Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim.


Cara Claim Internet Percuma 1GB

untuk Rakyat Malaysia sehingga April 2021


Beliau berkata hasil siasatan turut mendedahkan kegiatan penyeludupan ini aktif sejak tahun lalu dan kesemua barangan ini dipercayai diseludup dari Labuan ke negeri ini untuk pasaran tempatan.


RAMPAS: Minuman keras pelbagai jenama yang dirampas di dalam 10 kontena dan cuba diseludup sekitar sini. Foto UtusanBorneo


“Kesemua suspek kini direman untuk membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang 10 kali ganda nilai atau RM100,000 dan tidak lebih 20 kali ganda atau RM500,000.


baca Senarai Penuh BANTUAN JKM


"Pesalah juga boleh dijatuhi hukuman penjara tidak kurang enam bulan dan tidak lebih lima tahun, jika sabit kesalahan," katanya.


Tambahnya kejayaan ini adalah hasil maklumat disalurkan masyarakat kepada pihak polis dan beliau juga meminta orang awam agar terus menyalurkan sebarang kegiatan jenayah di kawasan masing-masing.


Sumber: UtusanBorneo

Blog authors

No comments